Rabu, 27 Oktober 2010

kehadiran ZULHIJJAH

Sempena menyambut kehadiran 10 zulhijjah dimana semua kita umat islam akan menyambut hari raya aidil adha,saya ingin mengajak kawan2 semua meraikan kedatangan zulhijjah dengan amal ibadat sunat seperti yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW,dimana kita disunatkan memperbanyakkan amalan seperti bersedekah,berzikir & berpuasa.

Disamping mengingatkan kawan2 dan diri saya sendiri,seperti yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW supaya kita memuliakan kehadiran awal zulhijjah dengan berpuasa dan amat2 dituntut untuk berpuasa sunat pada 9 zulhijjah,kerana padanya terdapat keberkatan.Justeru itu,marilah sama2 kita mempertingkatkan amal ibadat kita untuk membersihkan hati dan jiwa kita bersama,semoga amalan kita diredhai dan mendapat keampunan dariNya,.aminn ya rabbal a'laminn..

mEkAp MeKaP MEKAP


AYU SELEPAS DI MEKAP,..kepada ayu mohon post gambar awak yer,tq yer ayu sudi jadi model.,pasni kalau nak di touch up lagi jgn malu2 jumpa akk k!


AYU IN PROGRESS,.hehe,.normal face lupa nak amik gmbr




tugasan di pagi hari

Salam ari khamis,..ermm,sbnrnya x ada idea nak berblog arini,so sambil2 buat keje sempat la kwn opis snap kan gambar sedang wat keje,.erkk!ni lah jadi nya bila bosan tahap gaban,heheh,.kepada kwn2,.layannn je k

Selasa, 26 Oktober 2010

SESI KECANTIKAN

MIZA SELEPAS DI MEKAP
MIZA SEBELUM DI MEKAP

FIZA SELEPAS DI MEKAP

FIZA SEBELUM DI MEKAP



**Kepada blogger yang berminat nak sentuhan mekap dari lela untuk mekap dinner,tunang,nikah atau sanding,just call me LELA 012-2460397





















Isnin, 25 Oktober 2010

isi 10 hari pertama zulhijjah dengan amal soleh


Selain dari lima amalan yang dituntut,kita digalakkan utk memperbanyakkan amal soleh terutamanya amalan sunat tambahan seperti bersedekah,membaca al-quran,berzikir,menziarah org sakit dan menghantar jenazah ke kubur.

"Bersedekah cukup mudah.Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Bukan hanya bersedekah wang ringgit dan pakaian,berjalan kaki ke masjid,bertahmid dan bertakbir juga dikira sebagai sedekah,"terang Ustaz Zulkarnain Mamat,Imam masjid Al-Ghufran,pinggir Tmn Tun Dr.Ismail,K.Lumpur.

Harapannya kepada setiap umat islam,setiap amalan sunat jangan dipandang remeh,kerana amalan sunat yg Nabi anjurkan mempunyai hikmah tersendiri.Jika direnung secara mendalam ia berhubungkait dengan kekuatan silaturrahimant kita dengan manusia lain,malah sesama makhluk yg lain juga.

Sebagai contoh adab dengan sembelihan binatang yg hendak dikorbankan.Kita dituntut memilih binatang yang terbaik,gemuk dan sihat malah pisau yg digunakan mestilah betul2 tajam agar tidak menyeksa binatang tersebut.Dan ketika menyembelih juga,kita dituntut beramai-ramai memegang binatang itu dengan baik di samping bertakbir dan berzikir memuji kebesaran Allah.
Artikel dipetik dari majalah Anis,Nov 2010.

Rabu, 20 Oktober 2010

FAEDAH BERSENAM

1.Mencegah beberapa jenis penyakit seperti jantung,darah tinggi dan kencing manis

2.Membina kekuatan stamina dan koordinasi badan.

3.Meningkatkan tahap kecergasan ke atas sistem kardiovaskular dan pernafasan.

4.Mengurangkan lemak dalam badan.

5.Menjadi warga yang lebih cergas,ceria dan berkeyakinan.

6.Kelihatan lebih muda,sihat dan cergas.

Selasa, 19 Oktober 2010

JALAN-JALAN ....

sempat jugak mama n papa iman bergambar ketika iman sibuk mengejar bola,.hehe
Lajunya lari,x dapat papa kejar,hahaha


Tengokla tu berebut bola dengan kak tasya


Inilah aksi iman bermain bola di padang,..hepi betul dia!


































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































TIPS MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI


Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Artikel : Dipetik dari laman web iluvislam

Isnin, 18 Oktober 2010

SYARAT TAUBAT


Artikel ini dipetik dari blog tazkirah,semoga bermanfaat untuk kita bersama,.


Rasulullah Saw telah bersabda: “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Syarat-syarat untuk bertaubat:


1. Ikhlas.


2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.


3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.


4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.


5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)


6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.


7. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat:


-Sebelum saat sakarotul maut.


- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).


KESAN DOSA DALAM HIDUP



Artikel ni saya copy dari blog intanrohaida Sama-sama la kita mengambil pengajaran di samping menambah ilmu pengetahuan sesama kita yer,insa'Allah,semoga bermanfaat untuk semua

Buku tulisan ibnu qayyim yang diterjemahkan oleh ustaz ahmad asri lubis;membincangkan tentang betapa besarnya kesan dosa yang kita lakukan baik secara tidak sengaja apatah lagi sekiranya sengaja dan dalam keadaan sedar melakukannya terhadap diri kita,..
1. hati menjadi sakit dan tidak normal
2. membutakan mata hati
3. menyebabkan jiwa menjadi kecil
4. menjatuhkan mertabat dan kedudukan
5. mengurangkan fungsi akal
6. memutuskan ikatan hamba dengan Allah
7. melenyapkan keberkatan agama
8. membutakan hati nurani
9. menghilangkan nikmat Allah
10. meyebabkan timbulnya pelbagai kerosakan
11. menghilangkan sifat malu sedang malu itu adalah sebahagian dari keimanan
12. melemahkan sikap membesarkan allah
13. menjadikan Allah melupakan dan membiarkannya, nauzubillah
14. terkeluar dari lingkungan ihsan Allah, nauzubillah
15. melemahkan hati
16. menghilangkan nikmat dan menarik bala
17. menghadirkan perasaan takut dan cemas sentiasa
18. menimbulkan perasaan liar dalam hati.

keadaan hati yang suci bersih adalah pra syarat menarik hidayah Allah sedang dosa menghitamkan hati. lalu, orang yang berdosa hanya menarik kezulmatan dalam diri dan menjadikan aura dirinya kelam dan sirna tanpa cahaya.sabda rasulullah;

ingatlah dalam jasad terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad . dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati.
cara menghilangkan kezulmatan diri pula adalah istighfar dan taubat ilallah..elakkanlah dosa . moga cahaya allah sentiasa berada dalam diri kita.

RAYA AT KELANTAN

Vroommm,..vrommm,..ish3,..ok ke bunyi vakum camtu,hahha,..lama sangat tak update blog ku ini,..dah bersawang dah,.
Ni gambar bersama dengan putera ku ini,gamba ni aku snap masa pegi beraya aritu,.layan kan ajer..hehe