Isnin, 29 November 2010
Rabu, 24 November 2010
hepi bangat!
semalam (24/11/2010) lepas keluar ofis terus pegi ke rumah makcik tukang urut dkt jalan kapar,klang,nak urutkan iman(my baby).Kesian kat dia ari sebelumnya jatuh sebab papa brek emergency ms drive kete on the way nak balik umh,mlm tu iman demam maybe sakit urat sbb incident tu,.cian ank mama,.
Isnin, 22 November 2010
tengok wayang time
Ahad, 21 November 2010
ASSALAMUALAIKUM,.selamat pagi semua,..

Dah hampir seminggu x ber 'blog,maklumla internet down ler,.x dpt la nak menggodek,.arini pulak mood ari isnin,biasa la kan,mengantuk+ malas+xda mood,.ari pertama keje selepas 2 ari cuti,adoii malas sifat syaitan,so kena la lawan gak,.Ya Allah,berilah kekuatan nak lawan kemalasan yang melampau ini,...(^_^)
Ahad, 14 November 2010
Selasa, 9 November 2010
cara pemakanan Rasulullah SAW
Cara Rasulullah makan
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu
Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Isnin, 8 November 2010
musibah,dugaan uji ketaatan umat terhadap pencipta

Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dgn sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang yg sabar."(surah Al-Baqarah,ayat 155)
Allah menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam,kematian,kekayaan,kemiskinan,kesihatan dan kesakitan.Ini untuk membuktikan siapakah yg penyabar serta tetap bertuhankan Allah SWT dlm apajua keadaan.
Jadi jelaslah org yg sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah SWT walaupun ditimpa musibah berat.Malah,mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT dan sentiasa takut azab-Nya.
Firman Allah SWT dalam ayat 156 surah Al-Baqarah bermksud:"Sesungguhnya Kami adalah hamba dan milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan,Ya!Allah,berilah pahala bagiku dalam musibahku ini,dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya ,melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik."
Jelaslah ujian Allah SWT ini untuk melihat kekuatan akidah hambanya,sama ada hanya bertuhankanNya dalam keadaan senang lenang sahaja atau bertuhankanNya dalam apa jua keadaan sekali pun.
Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran,akan dianugerahkan blsn pahala.Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.
Sebenarnya,di sebalik musibah itu ada hikmah yang besar,yang kita sendiri tidak mengetahuinya.Oleh itu tabahkan lah hati menghadapi setiap ujian.Jiwa yang sering melalui proses ujian semakin lama semakin teguh,dan orang yang tabah akan sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT.
artikel dipetik/diedit dari berita harian 9 nov 2010
Langgan:
Catatan (Atom)

