Ahad, 12 Disember 2010

ASSALAMUALAIKUM to all my frenssss

mood ari isnin,biasala,..arini amatlah lesu,letih,xbermaya n paling x best migrain menyerang lagi,..adusss,.rasanya mata ni xley nak bukak sebab sakit kepala menjadi2,..zzzzzzzz

Khamis, 9 Disember 2010

jalan2 bawa iman window shopping only! :)

hai frenzsss,..arini nak share ngan all frenzsss,gambar malam sabtu mggu lps,..actually ari sabtu ritu dari tgh hari sampai maghrib wat persalinan pengantin,so bila balik kesian lak tgk si kecilku asik berkurung dirumah,walaupon kepenatan dan keletihan,di kerahkan jua keringat untuk kua bsm my hubby n my son,..sampai je dkt jusco bukit tinggi,klang,terus je masuk kfc,.punya la ramai umat manusia,.pas je order dpt,duk je kat meja nak ratah ayam,blop!sekali blackout daaa,...hahaha,..tepaksa suma yg ada kat situ mkn bersuluh kan cahaya henset,..ape2 pon,enjy bangat! jom folo me,..












Rabu, 8 Disember 2010

tisa at rantau panjang

hai frenzssss,sori la,..now tiap2 ujung minggu je ada job wedding,so nak update blog kena tggu ari biasa la,..ni lela share ngan kwn2 pengantin lela baru2 ni,untuk sanding je lela sempat amik gambarnya,ms persalinan amatlah sibuk sehingga xsempat nak amik gambar besama pengantin,tp i'allah untuk next time lela akan cuba curi2 masa untuk amik setiap gambar persalinan besama pengantin buat tatapan all my frenzsss k,..layannn

ini face tisa before make over!
Inilah tisa after make over!untuk pengetahuan kwn2,muka tisa ni amatlah fotogenik,bila siap diriass,,sooooo beauty u know!

inilah gambar lela yang sempat pose besama pengantin si tisa,..



Isnin, 6 Disember 2010

photoshoot majalah pengantin

semalam (isn 6 dis 2010) ada photoshoot untuk majalah pengantin dekat karangkraf,sek 15,Shah Alam,.Model kali ni adalah Letty,orgnya cantek,dan amatlah lembut,paling best Letty ni x sombong,very friendly tau,..meh lyn kan gambar2 lela bersama Letty,..zasssss






Jumaat, 3 Disember 2010

alhamdulilah,..:)


alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi,dengan limpah kurniaNya arini selesai sudah qada puasaku yang ke 13,..mggu depan 7 dis semua umat islam akan menyambut tahun baru ,1 muharam,semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menjanjikan yang terbaik untuk ku,..aminn,..

Rabu, 1 Disember 2010

REFRESH HATI


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah,

sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.

Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal


Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

AtauNeraka yang menyala!

petikan web iluvislam by mia efa

Isnin, 29 November 2010

mekap mggu lepas




mekapkan ayu untuk dinner,..nampaknya ayu sgt hepi dengan hasil sentuhan lela,..


Rabu, 24 November 2010

hepi bangat!

semalam (24/11/2010) lepas keluar ofis terus pegi ke rumah makcik tukang urut dkt jalan kapar,klang,nak urutkan iman(my baby).Kesian kat dia ari sebelumnya jatuh sebab papa brek emergency ms drive kete on the way nak balik umh,mlm tu iman demam maybe sakit urat sbb incident tu,.cian ank mama,.
tengok tu,iman sedang main rabbit selepas je selesai berurut.Nice!

Mari kita petik buah kelapa lak!

Sdg cuit2 sang rabbit,testing2,tp masih takot2!

aksi papa n anknya,mmg papa borek anak rintik nih!

Mama iman pon x mo ketinggalan gak,ahaksss

Larii,..arnab x kejar ponnn

the rabbit so cute

at last,berani gak anak mama usik sang rabbit,hehehe
Semoga ank mama cepat sembuh sakit,n demamnya,.aminnn







Isnin, 22 November 2010

tengok wayang time


ari aritu pegi tengok wayang ngan hubby dekat jusco bukit raja,punya lah awal dtg,jusco blom bukak lagi,.so sambil2 tunggu pintu dibuka,sempat la berposing dlm kete ngan cik abg(^_^)

Ahad, 21 November 2010

ASSALAMUALAIKUM,.selamat pagi semua,..


Dah hampir seminggu x ber 'blog,maklumla internet down ler,.x dpt la nak menggodek,.arini pulak mood ari isnin,biasa la kan,mengantuk+ malas+xda mood,.ari pertama keje selepas 2 ari cuti,adoii malas sifat syaitan,so kena la lawan gak,.Ya Allah,berilah kekuatan nak lawan kemalasan yang melampau ini,...(^_^)


Ahad, 14 November 2010

beauty touch 4 u


SELEPAS
make up for dinner
SEBELUM

kepada yang memerlukan khidmat solekan untuk dinner,nikah,tunang or sanding,boleh hubungi lela no:012-246 0397,pastinya hasil solekan yang malatop dan harga berpatutan :-)














Selasa, 9 November 2010

cara pemakanan Rasulullah SAW

gambar ihsan google
Cara Rasulullah makan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah


Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)


Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu

Cara Rasulullah minum


Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Isnin, 8 November 2010

musibah,dugaan uji ketaatan umat terhadap pencipta


Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dgn sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang yg sabar."(surah Al-Baqarah,ayat 155)


Allah menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam,kematian,kekayaan,kemiskinan,kesihatan dan kesakitan.Ini untuk membuktikan siapakah yg penyabar serta tetap bertuhankan Allah SWT dlm apajua keadaan.


Jadi jelaslah org yg sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah SWT walaupun ditimpa musibah berat.Malah,mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT dan sentiasa takut azab-Nya.


Firman Allah SWT dalam ayat 156 surah Al-Baqarah bermksud:"Sesungguhnya Kami adalah hamba dan milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan,Ya!Allah,berilah pahala bagiku dalam musibahku ini,dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya ,melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik."


Jelaslah ujian Allah SWT ini untuk melihat kekuatan akidah hambanya,sama ada hanya bertuhankanNya dalam keadaan senang lenang sahaja atau bertuhankanNya dalam apa jua keadaan sekali pun.


Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran,akan dianugerahkan blsn pahala.Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.


Sebenarnya,di sebalik musibah itu ada hikmah yang besar,yang kita sendiri tidak mengetahuinya.Oleh itu tabahkan lah hati menghadapi setiap ujian.Jiwa yang sering melalui proses ujian semakin lama semakin teguh,dan orang yang tabah akan sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT.


artikel dipetik/diedit dari berita harian 9 nov 2010

PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG


Ibu bapa perlu mempelajari pelbagai panduan dan kaedah yang diajar oleh Quran dan hadis, para kaunselor dan pendidik supaya berjaya mempraktikkan dalam mendidik anak-anak.

Antara panduan yang patut dipraktikkan oleh ibu bapa dibincangkan di bawah.


Memberi Asas Ilmu Agama kepada Anak-anak.


Ilmu agama adalah antara ilmu yang diwajibkan oleh Allah supaya dipelajari oleh orang Islam. Ilmu agama bukan sahaja mendidik umatnya melakukan perbuatan ibadah seperti solat dan puasa tetapi juga mendidik rohani manusia. Apabila ibu bapa mampu mendidik anak-anak sekurang-kurangnya asas ilmu agama, anak-anak akan belajar menghayati agama semenjak kecil lagi.


Ilmu agama mempunyai pelbagai cabang dan formula. Antara ilmu agama yang patut ditanam oleh ibu bapa ke dalam jiwa anak-anak adalah ilmu tasawuf iaitu ilmu yang boleh membersihkan fizikal dan mental seseorang. Sebagai contoh, ilmu tasawuf mengajar orang Islam supaya sentiasa takutkan Tuhan dengan menjauhi segala perkara haram.


Ilmu tasawuf juga mendidik orang Islam supaya sentiasa takutkan Tuhan dalam keadaan sembunyi ataupun terang-terangan. Apabila anak itu ditanam dengan sifat takutkan Tuhan semenjak kecil lagi, anak tidak mungkin berani melakukan perbuatan haram dan menyalahi undang-undang terutamanya di belakang ibu bapa kerana ia sentiasa mengingati Tuhan yang melihat apa jua yang dilakukan olehnya.


Sikap ibu bapa yang menyerahkan 100 peratus kepada guru agama di sekolah untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anaknya patut diubah. Ibu bapa perlu juga mempelajari ilmu agama dengan betul supaya mampu mendidik anak-anak dan menanam ilmu agama ke dalam jiwa anak semenjak anak itu kecil lagi. Anak-anak berasa lebih bertuah dan berbangga andainya guru yang mengajar membaca Quran adalah ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu juga menimba ilmu agama bagi memantapkan diri sebagai ibu bapa yang beragama. Jika ibu bapa menjadi ibu bapa yang berilmu dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak, maka anak akan belajar lebih menyayangi dan menghormati ibu bapanya berbanding ibu bapa yang hanya tahu memberi makan dan minum semata-mata.


Anak lebih rapat dan berterima kasih kepada ibu bapa apabila ibu bapa mampu memberi ilmu pengetahuan yang berfaedah terutamanya ilmu agama.Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang beragama lebih menghayati dan mempraktikkan ilmu agama berbanding anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang jahil dan tidak ingin menambah ilmu agama.


Di negara Malaysia tercinta ini, tidak kurang program agama yang dianjurkan sama ada jawatan kuasa masjid, jabatan agama dan lain-lain. Teruskan menimba ilmu terutama ilmu agama kerana ilmu agama memimpin anda menjadi ibu bapa yang cemerlang, seterusnya melahirkan anak cemerlang.Jadilah guru yang baik kepada anak.


Kewajipan ibu bapa bukan hanya sekadar memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal tetapi juga memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak.


Memang tidak dinafikan cabaran mendidik anak pada zaman globalisasi ini begitu mencabar dan memerlukan ibu bapa sentiasa peka dan komited supaya mampu mendidik anak menjadi manusia berguna. Ibu bapa yang sentiasa menambahkan ilmu dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak akan menjadi ibu bapa yang berjaya dan menjauhkan anak dari terjebak dalam masalah sosial.


Memantau dan Mengambil Tahu Siapa Kawan Anak-anak


Anak-anak yang dibesarkan dengan didikan yang baik oleh ibu bapa bukanlah jaminan anak itu bebas dari gejala sosial kerana pengaruh persekitaran juga boleh menyebabkan anak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.


Kawan-kawan adalah pengaruh kuat sekali dalam aktiviti yang tidak sihat. Ibu bapa hanya boleh memantau anak-anak di rumah tetapi tidak di luar rumah.


Apabila anak membesar terutamanya dalam usia remaja, ibu bapa memberi kebebasan untuk anak menentukan tempat yang ingin dituju dan bersama siapa yang ingin dijadikan teman.


Memandangkan kawan boleh mempengaruhi anak kita, ibu bapa patut mengetahui siapa kawan anak supaya anak tidak akan berkawan dengan kawan yang bermasalah.


Ibu bapa patut mendidik anak supaya tahu memilih kawan dan menjauhi kawan yang tidak membawa faedah kepada anak-anak seperti kawan yang suka melepak dan membuang masa, terlibat dalam lumba haram, dadah dan melakukan pelbagai kesalahan sama ada menyalahi agama ataupun undang-undang.


Membuang sikap terlalu percayakan anak.


Apabila ibu bapa terlalu percaya kepada anak-anak, dikhuatiri anak menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa. Sikap suka menuduh juga perlu dielakkan oleh ibu bapa kerana anak yang membesar dengan tuduhan melulu akan melakukan perbuatan yang tidak baik. Jadilah ibu bapa yang peka dan prihatin yang mampu menjadi kawan baik kepada anak-anak.


Memberi Penekanan dalam Pelajaran.


Ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan sempurna dan mampu menjadikan anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Walaupun anak-anak sudah berjaya menjadi mahasiswa, ibu bapa perlu terus memantau anak-anak. Ibu bapa perlu terus menanam ilmu dan iman ke dalam jiwa anak-anak.


Menanam Sifat Sayangkan Ibu Bapa.


Kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak terbentuk sejak anak-anak itu lahir lagi. Kasih sayang adalah ubat dan penawar dalam segala masalah. Ibu bapa yang bijak dan baik adalah ibu bapa yang mendidik anak-anak supaya menyayangi ibu bapa.Jangan biarkan anak-anak rasa tersisih dan terbiar.


Cuba Menyelesaikan Masalah Anak-anak.


Ibu bapa yang sentiasa rapat dan menjadi teman setia anak-anak akan sentiasa membantu anak dalam menyelesaikan masalah. Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, ibu bapa juga perlu meluangkan masa mendengar luahan atau masalah yang dihadapi oleh anak-anak.


Ingatlah, kejayaan mendidik anak bukan mudah. Justeru, ibu bapa patut berusaha menjadi ibu bapa berilmu supaya dapat mencorakkan anak-anak dengan ilmu yang berguna. Apabila ibu bapa mencurahkan ilmu yang berfaedah ke dalam minda anak-anak, dengan izin Allah anak-anak mampu membezakan perkara baik dan buruk.

Ahad, 7 November 2010

salam pagi isnin(^_^)

Ni pic masa ari last keje mggu lps before cuti deepavali tu,balik keje terus ajak hubby pegi pizza hut dkt jusco bukit tinggi,klang.Maklumla,mls masak punya psl,.hehehe
nyuuummmmm!!!layan gak dia tp sup jer,pizza nyer dia x nak,(^_^)
putera kesayangan yang manja terlebih sudaaa,x mo duk dlm baby chair,so terpksa mama nyer riba dia,..


Inilah diantara menu nya,.pizza cheese ape ntah,dah x hengat naman yer!