Selasa, 27 Julai 2010


glitter-graphics.com

ISLAM DAN KESIHATAN


ISLAM DAN KESIHATAN

Kesihatan:
1. Banyakkan minum air . Dimaksudkan di sini ialah air kosong dan saya semua orang sudah tahu bahawa khasiat air adalah sangat baik kerana, ciptaan awal di dunia ini adalah air. Air mampu membuatkan perjalanan darah kita berjalan dengan baik, dan badan sentiasa lembab. Badan kita sentiasa segar dan bermaya. Jadi nak solat pun mudah, sebab badan rasa bertenaga.


2. Utamakan makan pagi dengan makanan yang berkhasiat, bersederhana untuk makan tengahari dan makan malam yang paling minimal kuantitinya. Ini kerana kita memerlukan tenaga yang lebih ketika awal pagi untuk kita bertenaga waktu bekerja di siang hari. Dan ianya makin berkurangan ketika hari sudah hampir melabuhkan tirai siangnya, kerana badan kita perlu rehat dan tak perlu mengisarkan mesinnya untuk mengisar benda-benda berat seperti roti canai, nasi lemak apatah lagi sepuluh minit untuk masuk tidur. (Saya sendiri kena beringat, *sigh). cukuplah sebelum maghrib, makan sedikit roti dengan kacang, atau nasi . Dan sekiranya lapar sangat, kunyahlah kacang kuda rebus atau buahan2 yang penuh serat dalam jam 8-10 malam. Begitulah para nabi dan rasul yang memakan sekadarnya kerana untuk memudahkan mereka mudah bangun di tengah malam. Subhanallah...


3. Banyakkan makan buahan2 dan sayur-sayur segar dan bukannya makanan segera yang dihasilkan dari semua ini.


4. Hiduplah dengan penuh bertenaga, kesungguhan dan juga nilai-nilai kesabaran,simpati dan penuh kefahaman (Energy, Enthusiasm, and Empathy)

5. Selalu solat dan melakukan ibadat dan melakukan perkara2 yang menenagkan hati dan jiwa seperti berdoa dan berzikir.

6. Bersenam dan melakukan aktiviti bersukan. Keluarlah dengan keluarga untuk joging, main bowling, berkuda dan lain2. (saya suka naik kuda, pernah berangan nak bela kuda, tapi setakat ni pernah tunggang je lah, itu pun tunggang perlahan2). Ianya baik untuk keseimbangan badan.

7. Banyakkan membaca dari sehari ke sehari. Kerana ayat pertama pada Nabi Muhammad sallollahu alaihi wassalam adalah ayat Iqra'( Bacalah) dari Surah Al-'Alaq.

8. Bertafakur selama 10 minit untuk muhasabah diri dengan apa yang sudah dilakukan pada hari itu.

9. Tidur satu pertiga (7 jam sehari).

10. Berjalan2 sepanjang 10 -30 minit. Sepanjang kita berjalan, cubalah senyum dan buat senaman senyuman.

Hari ini dalam sejarah*


Minggu ni hubby pegi kursus..Alahai,bosannya,miss u so much.Nasib baik la my mom datang sini temankan N tolong jaga kan my baby,.Tak la penat sangat! Thanx mom,i love u a lot!

Dosa gugur apabila suami isteri bersalaman


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.

"Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

"Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami".

Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa "apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua".

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.

Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.

"Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :- "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,- Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

"Wassalam.....

about me!


aku,seorang anak kepada kedua ibu bapa aku,seorang isteri kepada suamiku,dan seorang mama kepada anakku,yang dipinjamkan nyawa beribadat di alam fana ini,.semoga segalanya diberkati dan sentiasa dirahmati Allah,..aminn..