ISLAM DAN KESIHATAN
Kesihatan:
1. Banyakkan minum air . Dimaksudkan di sini ialah air kosong dan saya semua orang sudah tahu bahawa khasiat air adalah sangat baik kerana, ciptaan awal di dunia ini adalah air. Air mampu membuatkan perjalanan darah kita berjalan dengan baik, dan badan sentiasa lembab. Badan kita sentiasa segar dan bermaya. Jadi nak solat pun mudah, sebab badan rasa bertenaga.
Kesihatan:
1. Banyakkan minum air . Dimaksudkan di sini ialah air kosong dan saya semua orang sudah tahu bahawa khasiat air adalah sangat baik kerana, ciptaan awal di dunia ini adalah air. Air mampu membuatkan perjalanan darah kita berjalan dengan baik, dan badan sentiasa lembab. Badan kita sentiasa segar dan bermaya. Jadi nak solat pun mudah, sebab badan rasa bertenaga.
2. Utamakan makan pagi dengan makanan yang berkhasiat, bersederhana untuk makan tengahari dan makan malam yang paling minimal kuantitinya. Ini kerana kita memerlukan tenaga yang lebih ketika awal pagi untuk kita bertenaga waktu bekerja di siang hari. Dan ianya makin berkurangan ketika hari sudah hampir melabuhkan tirai siangnya, kerana badan kita perlu rehat dan tak perlu mengisarkan mesinnya untuk mengisar benda-benda berat seperti roti canai, nasi lemak apatah lagi sepuluh minit untuk masuk tidur. (Saya sendiri kena beringat, *sigh). cukuplah sebelum maghrib, makan sedikit roti dengan kacang, atau nasi . Dan sekiranya lapar sangat, kunyahlah kacang kuda rebus atau buahan2 yang penuh serat dalam jam 8-10 malam. Begitulah para nabi dan rasul yang memakan sekadarnya kerana untuk memudahkan mereka mudah bangun di tengah malam. Subhanallah...
3. Banyakkan makan buahan2 dan sayur-sayur segar dan bukannya makanan segera yang dihasilkan dari semua ini.
4. Hiduplah dengan penuh bertenaga, kesungguhan dan juga nilai-nilai kesabaran,simpati dan penuh kefahaman (Energy, Enthusiasm, and Empathy)
5. Selalu solat dan melakukan ibadat dan melakukan perkara2 yang menenagkan hati dan jiwa seperti berdoa dan berzikir.
6. Bersenam dan melakukan aktiviti bersukan. Keluarlah dengan keluarga untuk joging, main bowling, berkuda dan lain2. (saya suka naik kuda, pernah berangan nak bela kuda, tapi setakat ni pernah tunggang je lah, itu pun tunggang perlahan2). Ianya baik untuk keseimbangan badan.
7. Banyakkan membaca dari sehari ke sehari. Kerana ayat pertama pada Nabi Muhammad sallollahu alaihi wassalam adalah ayat Iqra'( Bacalah) dari Surah Al-'Alaq.
8. Bertafakur selama 10 minit untuk muhasabah diri dengan apa yang sudah dilakukan pada hari itu.
9. Tidur satu pertiga (7 jam sehari).
10. Berjalan2 sepanjang 10 -30 minit. Sepanjang kita berjalan, cubalah senyum dan buat senaman senyuman.
As salam lela...saya balas ziarah...saya dah follow awak...nanti follow kita balik ya...teruskan berblog ya...wasallam..
BalasPadamhttp://eniosman.blogspot.com/