Jumaat, 29 Oktober 2010
Rabu, 27 Oktober 2010
kehadiran ZULHIJJAH
Disamping mengingatkan kawan2 dan diri saya sendiri,seperti yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW supaya kita memuliakan kehadiran awal zulhijjah dengan berpuasa dan amat2 dituntut untuk berpuasa sunat pada 9 zulhijjah,kerana padanya terdapat keberkatan.Justeru itu,marilah sama2 kita mempertingkatkan amal ibadat kita untuk membersihkan hati dan jiwa kita bersama,semoga amalan kita diredhai dan mendapat keampunan dariNya,.aminn ya rabbal a'laminn..
mEkAp MeKaP MEKAP
tugasan di pagi hari
Selasa, 26 Oktober 2010
Isnin, 25 Oktober 2010
isi 10 hari pertama zulhijjah dengan amal soleh
Rabu, 20 Oktober 2010
FAEDAH BERSENAM
2.Membina kekuatan stamina dan koordinasi badan.
3.Meningkatkan tahap kecergasan ke atas sistem kardiovaskular dan pernafasan.
4.Mengurangkan lemak dalam badan.
5.Menjadi warga yang lebih cergas,ceria dan berkeyakinan.
6.Kelihatan lebih muda,sihat dan cergas.
Selasa, 19 Oktober 2010
TIPS MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Isnin, 18 Oktober 2010
SYARAT TAUBAT
Artikel ini dipetik dari blog tazkirah,semoga bermanfaat untuk kita bersama,.
Rasulullah Saw telah bersabda: “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Syarat-syarat untuk bertaubat:
1. Ikhlas.
2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.
3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.
4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.
5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)
6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.
7. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat:
-Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).
KESAN DOSA DALAM HIDUP
Artikel ni saya copy dari blog intanrohaida Sama-sama la kita mengambil pengajaran di samping menambah ilmu pengetahuan sesama kita yer,insa'Allah,semoga bermanfaat untuk semua
Buku tulisan ibnu qayyim yang diterjemahkan oleh ustaz ahmad asri lubis;membincangkan tentang betapa besarnya kesan dosa yang kita lakukan baik secara tidak sengaja apatah lagi sekiranya sengaja dan dalam keadaan sedar melakukannya terhadap diri kita,..
1. hati menjadi sakit dan tidak normal
2. membutakan mata hati
3. menyebabkan jiwa menjadi kecil
4. menjatuhkan mertabat dan kedudukan
5. mengurangkan fungsi akal
6. memutuskan ikatan hamba dengan Allah
7. melenyapkan keberkatan agama
8. membutakan hati nurani
9. menghilangkan nikmat Allah
10. meyebabkan timbulnya pelbagai kerosakan
11. menghilangkan sifat malu sedang malu itu adalah sebahagian dari keimanan
12. melemahkan sikap membesarkan allah
13. menjadikan Allah melupakan dan membiarkannya, nauzubillah
14. terkeluar dari lingkungan ihsan Allah, nauzubillah
15. melemahkan hati
16. menghilangkan nikmat dan menarik bala
17. menghadirkan perasaan takut dan cemas sentiasa
18. menimbulkan perasaan liar dalam hati.
keadaan hati yang suci bersih adalah pra syarat menarik hidayah Allah sedang dosa menghitamkan hati. lalu, orang yang berdosa hanya menarik kezulmatan dalam diri dan menjadikan aura dirinya kelam dan sirna tanpa cahaya.sabda rasulullah;
ingatlah dalam jasad terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad . dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati.
cara menghilangkan kezulmatan diri pula adalah istighfar dan taubat ilallah..elakkanlah dosa . moga cahaya allah sentiasa berada dalam diri kita.