Isnin, 18 Oktober 2010

KESAN DOSA DALAM HIDUP



Artikel ni saya copy dari blog intanrohaida Sama-sama la kita mengambil pengajaran di samping menambah ilmu pengetahuan sesama kita yer,insa'Allah,semoga bermanfaat untuk semua

Buku tulisan ibnu qayyim yang diterjemahkan oleh ustaz ahmad asri lubis;membincangkan tentang betapa besarnya kesan dosa yang kita lakukan baik secara tidak sengaja apatah lagi sekiranya sengaja dan dalam keadaan sedar melakukannya terhadap diri kita,..
1. hati menjadi sakit dan tidak normal
2. membutakan mata hati
3. menyebabkan jiwa menjadi kecil
4. menjatuhkan mertabat dan kedudukan
5. mengurangkan fungsi akal
6. memutuskan ikatan hamba dengan Allah
7. melenyapkan keberkatan agama
8. membutakan hati nurani
9. menghilangkan nikmat Allah
10. meyebabkan timbulnya pelbagai kerosakan
11. menghilangkan sifat malu sedang malu itu adalah sebahagian dari keimanan
12. melemahkan sikap membesarkan allah
13. menjadikan Allah melupakan dan membiarkannya, nauzubillah
14. terkeluar dari lingkungan ihsan Allah, nauzubillah
15. melemahkan hati
16. menghilangkan nikmat dan menarik bala
17. menghadirkan perasaan takut dan cemas sentiasa
18. menimbulkan perasaan liar dalam hati.

keadaan hati yang suci bersih adalah pra syarat menarik hidayah Allah sedang dosa menghitamkan hati. lalu, orang yang berdosa hanya menarik kezulmatan dalam diri dan menjadikan aura dirinya kelam dan sirna tanpa cahaya.sabda rasulullah;

ingatlah dalam jasad terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad . dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati.
cara menghilangkan kezulmatan diri pula adalah istighfar dan taubat ilallah..elakkanlah dosa . moga cahaya allah sentiasa berada dalam diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan