Selain dari lima amalan yang dituntut,kita digalakkan utk memperbanyakkan amal soleh terutamanya amalan sunat tambahan seperti bersedekah,membaca al-quran,berzikir,menziarah org sakit dan menghantar jenazah ke kubur.
"Bersedekah cukup mudah.Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Bukan hanya bersedekah wang ringgit dan pakaian,berjalan kaki ke masjid,bertahmid dan bertakbir juga dikira sebagai sedekah,"terang Ustaz Zulkarnain Mamat,Imam masjid Al-Ghufran,pinggir Tmn Tun Dr.Ismail,K.Lumpur.
Harapannya kepada setiap umat islam,setiap amalan sunat jangan dipandang remeh,kerana amalan sunat yg Nabi anjurkan mempunyai hikmah tersendiri.Jika direnung secara mendalam ia berhubungkait dengan kekuatan silaturrahimant kita dengan manusia lain,malah sesama makhluk yg lain juga.
Sebagai contoh adab dengan sembelihan binatang yg hendak dikorbankan.Kita dituntut memilih binatang yang terbaik,gemuk dan sihat malah pisau yg digunakan mestilah betul2 tajam agar tidak menyeksa binatang tersebut.Dan ketika menyembelih juga,kita dituntut beramai-ramai memegang binatang itu dengan baik di samping bertakbir dan berzikir memuji kebesaran Allah.
Artikel dipetik dari majalah Anis,Nov 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan