Rabu, 3 November 2010

"Hargailah masa"


Orang yang berjaya dalam hidupnya amat menghargai masa. Pepatah ada mengatakan, "Masa itu emas". Apabila masa terbuang bermaksa kita telah menghabiskan harta kita dengan sia-sia. Orang yang berjaya telah merancang masa mereka sebaik mungkin supaya kegiatannya berjalan lancar dan tiada gangguan.

Micheal Faraday ada berkata, "Satu-satunya yang saya hargai dalam hidup ini adalah masa. Jika masa itu boleh dibeli, setiap hari saya akan membelinya".

Cuba kita perhatikan masyarakat Jepun. Mereka amat mematuhi dan menepati masa kerja. Hasilnya, Jepun telah berjaya menjadi sebuah negara industri yang menguasai dunia. Kita juga boleh berjaya dalam hidup kita sekiranya kita juga ada disiplin diri dan amat menghargai masa kita.

Orang yang berjaya tidak akan membiarkan masa berlalu. Setiap detik digunakan untuk memanfaatkan sesuatu. Oleh itu, gunakanlah masa sebaik mungkin. Renungkanlah satu pengalaman menarik dari Benjamin Franklin, seorang yang berjaya dalam semua bidang.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan. Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

Masa adalah sekolah di mana kita belajar.

Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.

Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar .

Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan .

Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat .

Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian .

Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan .

Setiap insan dikurniakan 24 jam sehari di dalam hidupnya. Bergantung pada dirinya bagaimana untuk menguruskannya. Ada yang merasakan 24 jam sehari tidak mencukupi baginya dan ada juga yang merasakan terlalu sukar untuk menghabiskannya.

p/s penulis : Renung2kan dan selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan