Selasa, 2 November 2010

HIKMAH SOLAT

Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksakannya.

Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga.

Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan.
Hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:

1) Mengingati Tuhan, pencipta alam;

2) Menghalang perbuatan keji dan mungkar;

3) Melahirkan ketenangan jiwa;

4) Mendidik akhlak mulia;

5) Menyucikan zahir dan batin;

6) Mengekalkan kesihatan tubuh badan;

7) Melatih disiplin diri;

8) Melahirkan semangat bersatu padu;

9) Meningkatkan taraf ekonomi;

10) Mendapat ilmu politik Islam; dan

11) Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan.

Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak mengerti, tidak memahami dan tidak berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati dan merealisasikan hikmah ini dalam kehidupan.

Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan